YUSUF, SYAFRUDDIN (2018) DIPLOMASI DAN STRATEGI PERTAHANAN NEGERI PALEMBANG (1804-1825). Doctoral thesis, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
![]() |
Text
Syafruddin Yusuf - Diplomasi dan Strategi Pertahanan Negeri Palembang 1804-1825.pdf - Accepted Version Available under License Creative Commons Public Domain Dedication. Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan diplomasi dan strategi pertahanan kesultanan Palembang era Sultan Mahmud Badaruddin II. Fokus kajian ini ialah untuk menganalisis amalan diplomasi dan strategi pertahanan tradisional kesultanan Palembang dalam mengekalkan kedaulatannya bagi menghadapi penjajahan Barat. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah, terutamanya dalam analisis kualitatif yang mengandungi empat peringkat iaitu, heuristik, kritik, pentafsiran dan penulisan sejarah. Sumber primer diperoleh daripada Arsip Nasional Republik Indonesia, Perpustakaan Nasional Indonesia dan koleksi peribadi. Sumber sekunder pula terdiri daripada jurnal, buku dan tesis yang diperoleh daripada perpustakaan di Malaysia dan Indonesia. Sumber tersebut dinilai melalui proses kritikan sejarah untuk memastikan ketulenan sumber dan kesahan maklumat. Fakta yang diperoleh ditafsir dan ditulis dalam bentuk naratif serta menekankan aspek sebab dan akibat. Dapatan kajian menunjukkan empat faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Palembang iaitu, konflik dalaman istana; kegagalan Palembang membaca strategi Belanda; kelemahan pengganti Badaruddin II iaitu Prabu Anom dalam mengendalikan diplomasi terhadap Belanda; dan penentangan terbuka Sultan Ahmad Najamuddin Prabu Anom terhadap Belanda. Kesimpulan daripada kajian ini ialah, kejayaan Palembang dalam mempertahankan kedaulatan era Sultan Mahmud Badaruddin II terletak pada keutuhan diplomasi dan strategi pertahanannya dalam menghadapi kuasa Barat. Implikasi kajian ini menunjukkan kekuatan sesebuah kerajaan tradisional terletak pada kekuatan sistem sosial dan politik tradisional sesebuah bangsa itu sendiri. Oleh itu kesultanan Melayu perlu memantapkan falsafah sistem sosial dan politik tradisionalnya untuk mengatasi kesan kolonialisme di Alam Melayu.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General) |
Divisions: | 06-Faculty of Education and Educational Science > 85101-Sports Education (S2) |
Depositing User: | Syafruddin Yusuf |
Date Deposited: | 04 Sep 2025 08:17 |
Last Modified: | 04 Sep 2025 08:17 |
URI: | http://repository.unsri.ac.id/id/eprint/183614 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |